Friday, August 6, 2010

Langkah-langkah Keselamatan

  • Apabila mengendali diod langkah- langkah keselamatan berikut mesti diamalkan:
  1. Diod tidak boleh terdedah kepada haba tinggi yang berpanjangan.
  2. Perhatian perlu diberi apabila proses pematerian diod ke papan litar dibuat.
  3. Kaki diod hendaklah dibengkok dengan cara yang betul.
  4. Ia mesti dipegang pada kakinya menggunakan playar muncung tirus, kemudian                                      baru bengkok.
  5. Ia penting supaya simpang PN yang ada di dalam diod tersebut tidak terganggu
  6. Semasa menguji diod pada papan litar, pastikan diod dipisahkan terlebih                                           dahulu dari litar sebelum pengujian dibuat.
  7. Apabila proses pematerian dilakukan langkah keselamatan seperti yang telah dinyatakan dalam modul 3 perlu diikuti.

KEROSAKAN DAN PENGUJIAN DIOD


  • Apabila diod diuji menggunakan meter pelbagai anlog,fungsi meter ohm digunakan.Dalam keadaan pincang ke depan,nilai bacaan adalah dalam lingkungan di bawah 10 ohm manakala dalam
     keadaan pincang songsang bacaan adalah ifiniti.
  • Apabila meter pelbagai berdigit berdigit digunakan,meter dilaraskan ke fungsi pengujian diod.
  • Bacaan bagi diod yang dipincang ke depan adalah di antara 0.6 hingga 0.8V(untuk diod jenis silikon dan 0.2 hingga 0.4 diod jenis germanium).
  • Dua jenis kerosakan yang sering berlaku kepada diod ialah terbuka dan terpintas.Kerosakan terbuka dan terpintas boleh diuji menggunakan ujian meter ohm.
  • Meter pelbagai analog pada fungsi ohm juga boleh digunakan untuk menentukan tamatan diod yang tidak diketahui kekutubannya.

Diod Zener

  • Diod zener ialah satu lagi contoh diod yang banyak digunakan dalam litar elektronik.


  • Diod zener mempunyai ciri membenarkan arus mengalir dalam keadaan pincang songsang apabila nilai voltan pincang songsang yang dibekalkan mencapai nilai voltan zener,Vz.
  • Penggunaan diod zener ialah sebagai pengatur voltan.
  • Diod zener mengatur voltan keluaran ke 7.5 V ,iaitu bersamaan dengan zener diod tersebut.

Kegunaan Diod Simpang PN

> Antara kegunaannya:

   (a) Penerus
   (b) Pengehad
   (c) Pelindung

> Litar penerus menukarkan arus ulang alik kepada arus terus
> Ciri diod yang membenarkan arus mengalir satu hala sahaja menyebabkan hanya separuh daripada kitar bekalan sampai ke bahagian keluaran.
>Rajah litar penerusan beserta bentuk gelombang masukan dan keluaran ditunjukkan di sebelah.

 >Litar penghad seperti ditunjukkan di atas bertindak menghad nilai voltan dalam litar. Dalam litar ini diod digunakan bagi menghad voltan masukan kepada +0.7V dan -0.7V sahaja.


Diod Simpang PN

  1. Terdiri drp gabungan separuh pengalir ektsrinsik bahan jenis P dan bahan jenis N.
  2. Mempunyai 2 tamatan iaitu anod & katod.
  3. Bahan P ialah anod.
  4. Bahan N ialah katod.
  5. Tamatan katod adalah yang hampir dgn tanda garis.
  6. Ketika proses penggabungan bahan P & N, elektron bebas dlm bahan N yang berhampiran simpang akan menyeberangi simpang dan meresap ke dalam lubang bahan P. Proses ini dikenali sebagai penggabungan semula simpang.
  7. Kehilangan elektron di bahan N akan membentuk ion positif di simpang PN.
  8. Kemasukan elektron di bahan P membentuk ion negatif di simpang PN.
  9. Keadaan ini membentuk satu lapisan cas positif pada bahan N dan cas negatif di bahan P.
  10. Kawasan simpang di mana terbentuknya kedua-dua cas dikenali sebagai lapisan susutan.
  11. Cas positif & cas negatif membina medan elektrostatik merentasi simpang PN.
  12. Resepan elektron dan lubang akan berhenti apabila tiada keupayaan untuk mengatasi medan elektrostatik.
  13. Halangan atau rintangan yang dibina oleh medan elektrostatik dikenali sawar upaya atau upaya simpang.
  14. Sawar upaya juga dikenali sebagai voltan lutut. (Si – 0.7v, Ge - 0.3v)

Wednesday, August 4, 2010

InTrO

assalmualikum dan salam 1 Malaysia..
Welcome to my blog..











firstly,
akuh nak knl kan diri akuh n kawan aku ....
name akuh muhammad amsyar hazeeq bin zulkifli..
akuh kongsi blog nie ngn kawan akuh..
name die muhammad faiq bin abdul jalil.
kteorg skuwl at Meltec.. Akuh student 4 Elektrik & Elektronik.. kteorg nie kuat tido dalam klaz..
hahax..